Monday, September 3, 2007

UNGS 2050 : Famiy ethics - for those who ask this question ....


Could pregnant woman marry within her pregnancy period ?




soalan :

1. Boleh ke kawen dgn pompuan yg tengah mengandung?

2. Camne klu yg dah terlanjur, boleh ke klu bapa budak tu nak kahwin dgn perempuan tu sbelum baby tu lahir?

3. Adakah pernikahan tuk soalan 1 dan 2 tu sah?

4. Kalu dah nikah, nak kene wat ape? cerai serta merta ke?

5. Adakah akan dikira zina klu diorang dah nikah?

6. Apekah hak2 anak luar nikah? Dia tak boleh dibintikan kepada bapa dia kan? so dia boleh ke klu nak kawen dgn bapak die?

7. Bapak die adalah bukan mahram kepada anak dia?

8. seorang lelaki dan pompuan dah tinggal sekedudukan, leh ke klu dioran g kawen serta merta? ke nak tunggu tempoh dulu nak tgk pompuan tu ngandung ke x? klu xngandung leh kawen? klu ngandung xleh kawen?

-------------------------

al-Jawab:
[jawapan berdalil dalam ruangan soaljawab fiqh nanti]
Dalil dan nas amat terhad kerana masyarakat zaman salaf soleh tidak mengenali kes-kes yg dipaparkan di atas. Kes-kes spt ini hanya menular di zaman sekarang.

Kita akan jawab ikut madzhab Syafi'iy vs fiqh Imam Taymiyah alHarani

1. Madzhab Syafi'iy: Boleh kahwin dengan perempuan hamil dan akadnya adalah sah secara mutlak. Ibn Taymiyah/Hanabilah: tak boleh kerana rahim perempuan disyaratkan istbra' (suci dan kosong) sebelum akad.
2. Bila dah terlanjur, apakah pasangan berzina tu boleh kawin?
Syafi'iyah: boleh secara mutlak. Ibn Taymiyah: boleh tapi selepas taubat nasuha dan selepas proses bersalin. Lepas bersalin baru kahwin.
3. status perkahwinan 1 dan 2 adalah sah di sisi madzhab syafi'iy. Di sisi Ibn Taymiyah, perkahwinan dgn perempuan hamil tak sah, perkahwinan dgn pasangan terlanjur sah, hanya selepas perempuan itu bersalin

4. Kalau ikut madzhab syafi'iy, tak payah bercerai kecuali lelaki merasa dirinya tertipu jika kahwin dgn perempuan hamil, jika dia redha dan pasrah, maka perkahwinan sah. Ibn Taymiyah, jika suami mendapati isterinya sadang hamil selepas akad, maka akad menjadi batal.
5. madzhab syafi'iy. tidak dikira zina. Ibn Taymiyah, dikira zina jika jima' sedangkan perkahwinan itu tidak sah.

6. madzhab syafi'iy: jika bayi itu lahir selepas 6 bulan dari tarikh kahwin, ia adalah anak pasangan itu, dapat semua hak dan boleh dibin/bintikan kepada lelaki itu, Jika anak itu lahir sebelum 6 bulan, maka dia anak tidak sah taraf, maka tak ada hak anak. Nak kawin pun boleh. Ibn Taymiyah: anak itu adalah anak tidak sah taraf. Anak tidak sah taraf tidak ada hak anak yg sah. Kalau dia nak kawin dgn budak itu terpulanglah. tak pernah orang buat
7. syafi'iyah: bapak adalah mahram jika ia lahir selepas 6 bulan perkahwinan dan bukan mahram jika tak cukup 6 bulan perkahwinan. Ibn Taymiyah: bapak itu non-mahram kerana kehamilan itu di luar perkahwinan yg sah.
8. bersekedudukan (co-habitation) dan kemudian nak kawin...
memang patut kahwin pong.
apakah kena tunggu dan lihat hamil tak hamil? Ikut madzhab syafi'iy: boleh kawin tanpa mengetahui. Ibn Taymiyah: kena taubat dan kena pastikan istibra' (rahim bersih) dgn sekali haidh.

[majmu' fatawa lil Syaikhul Islam Jilid 32, ms 5-207, diambil secara ringkasan sahaja]


# Original source from al-ahkam online.
_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif

No comments: